Segala puja puji untuk Allah Taala Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.aw. Terima kasih kerana sudi melewati laman sesawang Agami Group Sdn. Bhd.

Ini ialah platform bagi memudahkan anda berhubung secara terus dengan saya dan Agami Group. Saya menubuhkan Agami Group bersama beberapa orang pengasas yang lain dengan bertujuan untuk menjalin hubungan domestik bersama masyarakat dalam merealisasikan impian kedua-dua belah pihak melalui genre Edutainment yang kami klasifikasikan kepada Akademi, Media & Produksi, serta Latihan & Acara, yang menawarkan pelbagai perkhidmatan.

Agami Group Sdn. Bhd. sangat teruja untuk mewujudkan kerjasama dan masa depan yang cerah bersama anda.

Salam Mahabbah dari saya, Don Daniyal.

Ustaz Don Daniyal

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
Agami Group Sdn. Bhd.

Perkhidmatan Profesional

Agami Group Sdn. Bhd. sebuah syarikat education dan entertainment berlandaskan syariah yang menyediakan latihan, penganjuran seminar keagamaan, pemasaran digital, pendidkan awal kanak-kanak melalui penubuhan tadika dan kolaborasi dalam pelbagai bidang perniagaan

Latihan & Acara

Bahagian Latihan menyediakan khidmat latihan untuk agensi kerajaan dan korporat. Pelbagai modul latihan yang ditawarkan dan boleh disesuaikan mengikut permintaan pihak pelanggan Agami Group turut menganjurkan seminar-seminar ilmiah dan keagamaan.

Media & Produksi

Bahagian Media dan Produksi terlibat dalam rakaman serta mempromosikan produk/servis di platform-platform media sosial (Facebook, Instagram, Tiktok, Youtube dan Telegram) serta radio dan televisyen, melibatkan kerjasama pihak dalam dan luar negara.

Selain itu, bahagian Media dan Produksi juga turut menyediakan servis rakaman program-program Ilmiah dalam bentuk digital sempena sambutan dalam islam untuk klien.

Akademi

Memfokuskan kepada perkembangan pendidikan awal kanak-kanak dengan kerjasama penubuhan tadika berasaskan Islamic Edutainment, di seluruh negara.

Bahagian Akademi turut membantu pembinaan dan penambahbaikan modul dengan menjalankan penyelidikan dan pembangunan, selari dengan Al-Quran dan Sunnah.

Jurulatih Utama

Agami Group Sdn. Bhd. mempunyai tiga orang jurulatih utama yang mempunyai latar belakang pendidikan agama serta pengalaman yang luas sebagai jurulatih. Mereka mahir dalam menyampaikan latihan dan seminar keagamaan

Ustaz Don Daniyal
Ustaz Megat Mohd Zaid
Ustaz Akram Ikrami

Klien Kami

Acara Terkini

Scroll to Top