Latihan

Bahagian Latihan menyediakan khidmat latihan kemahiran untuk sekolah menengah serta agensi swasta dan kerajaan. Pelbagai modul latihan kemahiran kepimpinan, komunikasi pengucapan, pengukuhan karakter, pembinaan pendakwah yang ditawarkan dan boleh disesuaikan mengikut permintaan pihak pelanggan.

 Menampilkan 3 orang Jurulatih Utama yang berpengalaman iaitu, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Megat Mohd Zaid dan Ustaz Akram Ikrami.

Jurulatih Utama

01. Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Ketua Pegawai Eksekutif Agami Group Sdn. Bhd. Beliau  adalah mantan Pensyarah Jabatan Tahfiz & Qiraat di Universiti Islam Selangor (UIS) yang juga merupakan graduan Sarjana Muda Takhassus Qiraat, Maahad Qiraat Universiti Al-Azhar, Mesir.

Selain berpengalaman dalam bidang pendidikan dan industri kreatif, beliau juga telah berkecimpung lebih 10 tahun dalam dunia latihan pembangunan insan. Beliau juga merupakan Jurulatih yang diperakui oleh HRD Corp.

Beliau yang aktif dalam media arus perdana dan media sosial juga turut aktif dalam pelbagai aktiviti bersama pelbagai lapisan masyarakat melalui jaringan kerjasama sebagai duta dan ikon.

02. Ustaz Megat Mohd Zaid Megat Azmuddin

Panel Syariah Agami Group Sdn. Bhd. Beliau adalah  Imam 1 Masjid Assalam Bukit Sentosa, Rawang dan juga mantan Pensyarah Tasmik Jemputan di Darul Quran JAKIM. Beliau merupakan graduan Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Beliau adalah pemegang sanad bacaan al-Quran Riwayat Hafs ‘an ‘Ashim dan Naib Juara Majlis Menghafaz Al Quran, Peringkat Negeri Perak. Selain berpengalaman sebagai finalis program Imam Muda (musim ke-3) Astro Oasis, beliau juga merupakan salah seorang hos program Salam Baitullah di RTM, panel bagi beberapa rancangan di Astro Oasis, TV Alhijrah,  Nasional FM dan lain-lain.

03. Ustaz Akram Ikrami Taib Azamudden

Ketua Unit Latihan dan Acara Agami Group Sdn. Bhd. Beliau adalah mantan Penolong Pengarah, Bahagian Kepimpinan Muda di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Beliau merupakan graduan Sarjana Muda Dakwah dengan Pengurusan Sumber Insan di Universiti Islam Selangor (UIS) dan juga sedang menyambung pengajian peringkat Sarjana di universiti yang sama.

Beliau berpengalaman dalam bidang latihan & pembangunan insan lebih 9 tahun melalui beberapa lapangan kerjaya dalam bidang latihan sebelum daripada ini. Selain berpengalaman sebagai finalis program Pencetus Ummah (musim ke-4) Astro Oasis, beliau juga telah mendapat pengiktirafan dalam NLP Basic Practitioner Malaysia (2016), Mastery Rahsia Ceramah Memukau RCM 2.0 Success Touch (2016).

Anda berminat untuk mendapatkan khidmat latihan daripada kami?

Sila lengkapkan borang latihan & kami akan menghubungi anda dalam waktu terdekat. Anda juga boleh menghubungi kami melalui Whatsapp dengan menekan butang di bawah.

Borang Permohonan Latihan
Scroll to Top