Latihan
Bahagian Latihan (training) menyediakan khidmat latihan untuk agensi kerajaan, swasta dan institusi pendidikan. Pelbagai modul latihan yang ditawarkan berasaskan Solat & Selawat merangkumi aspek pembangunan sahsiah (jati diri) dan kemahiran insaniah (soft-skill) serta boleh disesuaikan mengikut permintaan pihak pelanggan.

Acara
Agami Group turut menganjurkan pelbagai acara sempena peristiwa bulan dalam Islam, seminar ilmiah, bengkel, kem cuti sekolah, daurah pengajian kitab, konsert atau karnival. Menampilkan tiga orang Penceramah Utama Agami Group Sdn. Bhd. iaitu Ustaz Don Daniyal, Ustaz Megat Mohd Zaid dan Ustaz Akram Ikrami.
R&D
Bahagian Akademi melalui Unit Penyelidikan dan Pembangunan bertanggungjawab menyelia konten, program dan modul latihan yang dijalankan Agami Group. Selain itu, bahagian ini juga memfokuskan kepada kerja penulisan ilmiah dalam bentuk digital dan fizikal. Antara penulisan dalam bentuk digital yang telah dihasilkan dan disebarkan kepada masyarakat ialah risalah yang memberi panduan bagaimana menghidupkan hari-hari mulia dalam Islam dengan amalan iaitu:
1. Persiapan Malam Nisfu Sya’ban
2. Isti’dad: Membawa Bekalan Memasuki Madrasah Ramadan
Manakala, dari sudut penulisan ilmiah dan karya fizikal pula, 2 buah buku telah berjaya diterbitkan dengan kerjasama syarikat penerbitan terkenal, Galeri Ilmu Sdn Bhd. Kedua-dua buku ini telah pun berada di pasaran dan telah berjaya memasuki acara besar dalam arena penulisan seperti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025. Karya ini berjudul:
1. Kisah Para Nabi di Sebalik Solat oleh Ustaz Don Daniyal
2. Amalan Pembuka Pintu Langit oleh Ustaz Megat Mohd Zaid